3 SEBAB ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

3 SEBAB ORANG BERJAYA ITU BERJAYA

1. ORANG BERJAYA SANGAT FOKUS

‘Where your focus goes, energy flows”. Ini ayat yang sentiasa saya pakai jika ingin buat apa sahaja keputusan terutama dalam urusan perniagaan. ‘Pattern’ ini pun saya nampak jelas dan ‘clear’ bagi individu yang sangat berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Tony Fernandes (Air Asia), Bill gates (Microsoft), Steve Jobs (Apple), Mark Zukenberg (Facebook), Jack Ma (Ali Baba), ini adalah antara manusia yang sangat FOKUS dengan apa yang mereka buat bertahun-tahun. Biarpun ada sahaja cabaran, mereka tetap tidak akan menukar arus atau model bisnes. Biarpun zaman berubah, nama tetap sama, cuma produk syarikat sahaja betukar ganti.

Bayangkan jika Tony Fernandes hari ini buat syarikat kapal terbang, esok jual kopi, pelik tak?

Atau Jack Ma, hari ini fokus bangunkan Alibaba, esok jual produk kosmetik.

Begitulah, orang berjaya sangat fokus untuk sesuatu. Bukan lompat-lompat bisnes atau matlamat.

Persoalannnya, anda orang yang macam mana?

2. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA PENYELESAIAN MASALAH, BUKAN MASALAH!

Ini adalah salah satu lagi corak pemikiran orang yang berjaya. Mereka akan fokus kepada penyelesaian masalah, bukan masalah.

“Where your focus goes, energy flows”.

Tipulah, kalau Tony Fernandes tidak pernah kecewa. JackMa, Steve Jobs, Bill Gates tidak pernah rasa sedih tentang bisnes mereka. Mereka ada zaman kegelapan mereka sendiri. Jika Tony Fernandes zaman yang paling sedih saya rasa adalah bila kapal terbang Air Asia terhempas ke lautan Indonesia, Steve Jobs pernah ditendang keluar dari syarikat sendiri, Jack Ma pernah di kecam dan banyak tekanan untuk beliau besarkan Alibaba.

Tetapi lihatlah sekarang, mereka semakin hari semakin besar.

Kenapa?

Kerana seorang pemimpin syarikat wajib fokus kepada penyelsaian masalah. Bukan memendam rasa, melayan gelora jiwa yang gundah gulana.

3. ORANG BERJAYA FOKUS KEPADA ‘PROGRESS’

Ya, setiap orang ada target yang ingin dicapai. Kecil atau besar, bergantung kepada individu atau syarikat. Namun begitu, ada satu lagi corak pemikiran orang yang berjaya yang jarang dimilik oleh orang biasa.

Orang berjaya mereka sentiasa fokus, fikir, bertindak untuk capai ‘progress’ kecil dalam hidup atau dalam bisnes.

Kenapa?

Kerana ‘Progress = happiness’.

Tanpa progress, hidup atau bisnes akan jadi sangat ‘plato’ dan tidak berkembang. Walaupun bisnes masih ditahap ‘boleh buat duit’, tetapi bila mana bisnes ‘plato’ atau mendatar, seseorang akan rasa bosan dan jika tidak diubati, seseorang akan rasa ‘tawar hati’ dengan apa yang dilakukan. Lebih teruk, mereka akan mula mencari keseronokan baru yang memberi kesan negatif kepada syarikat. Contohnya mula membuka bisnes yang tidak ada kaitan dengan bisnes utama dan orang yang menguruskan syarikat itu juga adalah orang yang sama!

Where your focus goes energy flows.

Sekarang bila ada 2 syarikat, fokus akan mula goyah dan mencapah. Energy syarikat akan mula pecah kepada dua. Mulalah disini kurang keuntungan disana pula rugi.

Untuk membina syarikat ke dua dan seterusnya boleh. Bagi syarikat kecil, pastikan sudah ada SOP (Standard Operating Procedure) dan syarikat baru yang dibuka sekurang – kurangnya sudah ada manager yang dipercayai untuk menjadi orang yang membantu semua urusan pembangunan syarikat baru.

Elakkan buat semua, kalau tidak, masak!

KESIMPULAN

Untuk berjaya tidak susah. Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah melihat kembali apa orang berjaya lakukan. Lihat dan tiru sahaja cara mereka.

Melalui apa yang saya perhatikan, orang berjaya ada beberapa corak pemikiran dan tindakan. Mereka fokus dengan apa yang mereka buat, mereka fokus kepada penyelesaian masalah bukan masalah dan mereka fokus kepada progress kecil kerena mereka percaya, “progress equal to happiness”

Semoga kita semua berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *