DENGAN MODAL RM50 KINI JANA INCOME SEHINGGA 5 ANGKA!
DENGAN MODAL RM50 KINI JANA INCOME SEHINGGA 5 ANGKA!
Nana seorang isteri dan ibu mithali kepada 3 orang anak lelaki. Beliau pernah bekerja sebagai Graphic Designer selama 15 tahun di sebuah magazine motorsport. Selepas melahirkan anak kedua, Nana terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi tanggungjawabnya terhadap keluarga.
“Ingatkan masa tu dengan adanya saving sendiri, kereta pula dah habis bayar, boleh hidup selesa. Disebabkan gaji suami ketika itu lebih dari cukup.”
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan keadaan yang menimpa Nana. Ujian mula datang selepas 3 bulan beliau berhenti kerja. Allah uji kewangan mereka sekeluarga apabila OT suaminya mula disekat. Bayangkan nak bayar duit rumah, bil Astro, bil elektrik. Anak pula masih kecil dan memerlukan pampers serta susu.
Situasi itu membuatkan Nana mengambil keputusan untuk berniaga. Macam-macam produk cuba dijual, tetapi semuanya hanya separuh jalan. Allah mula menjentik pintu hati Nana apabila beliau terjumpa nombor Mak Cadar (Founder SyaQist) semasa beliau melayari facebook.
Nana mencuba nasib untuk menyertai dropship SyaQist. Berbekalkan modal RM50, Nana nekad dengan keputusan yang diambil walaupun duit simpanan ketika itu semakin susut.
Journey With SyaQist
Bermula sebagai dropship biasa, Nana meneruskan langkah sebagai salah seorang Team Leader seterusnya menjadi Master Leader dalam SyaQist. Alhamdulilah, 9 tahun bersama SyaQist bukanlah satu perjalanan yang mudah tetapi tidak sia-sia.
Sebelum pandemik dan PKP 1.0 tahun lalu, Nana mengambil stok setiap minggu dari warehouse yang terletak kira-kira hampir satu jam dari rumahnya. Kemudian, Nana perlu membungkus dan menghantar pesanan itu kepada pelanggan sama ada melalui pos atau cash on delivery. Cabaran beliau sebagai seorang suri rumah sekaligus menjadi businesswoman tidak pernah mematikan semangatnya.
Ketika PKP dikuatkuasakan, Nana memberi sepenuh tumpuan kepada bisnes onlinenya melalui medium Shopee dan Lazada. Hasilnya, jumlah pesanan dari pelanggan beliau semakin hari semakin bertambah. Hanya dengan modal RM50, kini Nana telah pun berjaya mendapat pulangan lebih 5 angka.
Pesan Nana, jangan tunggu segalanya sempurna untuk memulakan langkah pertama. “Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step in your life.”
– FARHANA MOHD FADZIL
(Leader SyaQist Miracle Rich)
https://www.facebook.com/nanafadzil