Rendang Kasih

 

Nikmati kelazatan Rendang Kasih yang pasti memikat selera dan menambat hati seisi keluarga. Dimasak dengan penuh kasih dan sayang menggunakan resipi turun-temurun serta bahan berkualiti tinggi, hidangan ini pasti akan meninggalkan kenangan manis apabila dinikmati bersama.

Rendang kami juga sangat versatil, enak dimakan begitu sahaja atau disajikan bersama nasi putih, lemang, ketupat, nasi impit, mahupun roti. Dapatkan sekarang dan rasakan sensasi kelazatan Rendang Kasih.

Masakan Dari Hati, Lekat Di Hati

Kami percaya bahawa makanan mempunyai daya yang kuat untuk membawa orang bersama, kaum keluarga mahu pun sahabat handai untuk mencipta kenangan sambil meraikan warisan bersama. Makanan adalah bahasa universal yang menghubungkan kita semua dan ia adalah cara untuk mengekalkan warisan budaya dan tradisi, serta menunjukkan keramahan dan hormat kepada orang lain. Hidangan tradisional yang disediakan dan dikongsi, mencipta ikatan yang melampaui usia, jantina, dan status sosial.

Namun, di zaman moden ini, kami faham betapa mencabarnya untuk menyeimbangkan kerja, keluarga, dan tanggungjawab peribadi, menyebabkan anda mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan hidangan yang selalunya mengambil masa lama untuk disediakan. Itulah sebabnya kami memperkenalkan Cinta Hati untuk memudahkan anda menikmati masakan Malaysia yang autentik tanpa mengorbankan rasa atau kualiti bersama keluarga tercinta.

Produk-produk makanan ‘ready-to-eat’ kami sangat praktikal dan mudah untuk dihidangkan. Lebih penting, ia disediakan dengan teliti menggunakan resipi tradisional turun-temurun dan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan setiap suapan penuh dengan rasa dan keaslian. Setiap hidangan menggambarkan cinta kami terhadap warisan yang ingin kami kongsikan bersama anda.

Cinta Hati…… Masakan Dari Hati, Lekat Di Hati.